Wednesday, February 11, 2009

LUKISAN UNTUK CERITA RAKYAT RUNGUS = IH TONSUNG OM IH GOHOLU

Ini adalah gambar-gambar yang digunakan untuk cerita rakyat rungus "Ih Tonsung om Ih Goholu". Penulis telah menyertai penulisan cerita rakyat peringkat negeri sabah dalam bahasa rungus dengan bahasa pilihan penterjemah bahasa melayu. Tujuannya adalah penulis ingin memartabatkan kesusateraan rungus dimata masyrakat umumnya. Ini juga mendorong para generasi muda rungus masa kini lebih bersemangat untuk mempelajari akan keindahan kesusateraan rungus yang semakin lama semakin dilupai oleh mereka. berdasarkan gambar dibawah nikmati ceritanya di blog saya Tangon Rungus.

Lihat :

http://tangonrungus.blogspot.com/2008/12/ih-tonsung-om-ih-goholu.html





Tuesday, January 6, 2009

PANTAI TERONGKUNGAN DAN GUA TINDAKON

Pantai Terongkungan terletak disebelah kiri utara Kudat dan ianya juga merupakan tapak-tapak sejarah pertahanan suku kaum rungus dahulu kala. Dikala orang asing mencerobohi kawasan pesisir pantai nenek moyang suku kaum ini akan menentang habis-habisan sehinggalah terjadinya penggal-memenggal kepala...

SAMBUNGANNYA klik link dibawah:

http://sejarahrungus.blogspot.com/2009/01/sejarah-torongkungan.html




































Sunday, December 21, 2008

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU (TIP OF BORNEO) - SEJARAH DAN PELANCONGAN DIKUDAT

Ini adalah gambar-gambar di Tanjung Mengayau Kudat yang merupakan satu tempat pelancongan yang terkenal pada masa ini. Gambar-gambar ini diambil daripada MySabah.com dan beberapa website yang lain. Tujuannya gambar ini diwujudkan adalah untuk memperkenalkan tempat-tempat pelancongan dan tapak-tapak sejarah suku kaum rungus disabah. Mengikut sejarah suku kaum rungus, Tanjung Simpang Mengayau atau Sampang Mangazou merupakan salah satu tempat benteng pertahanan menentang penceroboh yang memasuki kawasan petempatan dan tanah penduduk suku kaum ini dimasa dahulu. Jika Orang Asing mencerobohi kawasan tersebut tanpa keizinan dan niat yang baik maka ini melanggar adat suku kaum rungus dan habuannya adalah penggal kepala. Itulah sebabnya Tanjung Simpang Mengayau atau Sampang Mangazou diberi nama pada nama tempat tersebut sempena aktiviti melalui pertahanan dan kawasan tersebut yang betul-betul dihujung daratan. Sampang Mangazou bermaksud Kawasan Utama Pertahanan.